Kisah
Kejayaan Perniagaan Insurans
Dua
orang agen insurans ya ng berjaya, Tee Kian Heng, 25 tahun; dan Gowl Gee Khim,
23 tahun berkongsi pengalaman dalam perniagaan insurans.
Baru-baru
ini mereka memenangi hadiah Meja Bulat Sejuta Dolar (Million Dollar Round Table,
MDRT). Sebagai anugerah peringkat antarabangsa, hanya lima peratus daripada agen
insurans diseluruh dunia yang layak menerima hadiah ini.
Di
malaysia, lembaga MDRT mengkehendaki agen insurans membuat sejumlah RM196,000
premium tahun pertama bagi melayakkan mendapat hadiah ini.
Tee
berpendapat insurans adalah kerjaya yang sesuai bagi dirinya. Sebelum menjadi
agen insurans,dia menjual alat asesori talipon bimbit yang diimport. Semasa
krisis ekonomi tiga tahun lalu, dia telah mengalami kerugian perniagaan sebanyak
RM200,000.Dia juga mempunyai tanggungan hutang yang perlu dijelaskan. Sebab
itulah Tee mengalihkan kerjayanya kepada insurans.
Gowl
pula berkerja sebagai tukang solek selama tiga bulan sebelum menyertai bidang
insurans. Mereka menceritakan kepada kita kisah kejayaan dalam perniagaan
insurans.
“Kami berdua menghadapi masalah kewangan dan memerlukan wang bagi menyara hidup dan menyelesaikan hutang. Kami telah banyak mendengar cerita mengenai pendapatan yang lumayan dengan menjual insurans, yang kemudian mendorong kami menyertai perniagaan ini.
Dalam
bulan pertama sahaja kami memperolehi pendapatan insurans sebanyak RM2,000.
Dalam tahun kedua, kami memperolehi pendapatan RM150,000. Kini kami mempunyai 90
pelanggan.
Pendapatan
kami mengikut jenis-jenis polisi insurans yang dijual---pelan simpanan, insurans
perubatan, insurans kemalangan dan beberapa lagi.
Kami
diberi komisyen apabila kami berjaya membuka akaun bagi pelanggan. Dalam tahun
pertama, kami mendapat 35 peratus komisyen daripada wang yang pelanggan laburkan.
Kadar
komisyen ini akan berkurangan pada setiap tahun dan akan menjadi 5 peratus pada
tahun kesepuluh. Ya, syarikat insurans akan terus membayar kami komisyen
daripada pelanggan ini sehinggalah tahun kesepuluh.
Yang
pasti dalam tempoh-tempoh ini, kami akan terus menambah bilangan pelanggan, maka
dengan ini premium yang dibayar oleh pelanggan-pelanggan akan bertindih-tindih.
Sebab itulah kami dapat mengumpul wang yang banyak sehingga ke hari ini.
Saat
kegembiraan dikecapi apabila kami memenangi berbagai-bagai jenis anugerah dan
menerima bermacam-macam insentif. Pada tahun 1999, kami memenangi anugerah Meja Bulat Sejuta Dollar (Million Dollar Round Table) atau
ringkasnya MDRT.
Kami
memenangi hadiah buat pertama kalinya pada tahun 1998 sebagai agen paling atas
bagi Aetna International Challenge Cup
(AICC).
(Gowl
telah memperoleh premium tahun pertama paling tinggi di Malaysia).
Kami
juga adalah agen insurans paling atas dalam tahun yang sama (1998). Pada
keseluruhannya, kami memperolehi pendapatan RM150,000, layak melawat Turki dan
insentif sebagai pencapai tertinggi dalam syarikat kami.
Lawatan
ke luar negeri adalah satu insentif. Dalam tahun 1998, kami melawat Turki dan
Phuket, iaitu insentif kepada agen insurans yang berjaya menjual jumlah polisi
melebihi RM95,000. Pada tahun berikutnya, kami melawat Holland, German dan
Denmark, iaitu selepas berjaya mencapai sasaran RM120,000.
Kami
juga akan menghadiri satu persidangan, iaitu Persidangan Agen Insurans Cina
Sedunia Ketiga, yang akan di Hong Kong pada Ogos 2000. Kami akan menerima hadiah
MDRT di sana.
Banyak
kelebihannya kerjaya ini. Anda berpeluang bertemu dengan ramai orang daripada
segenap lapisan. Dengan memperkenalkan polisi insurans yang dapat memenuhi
kehendak pelanggan, ia akan membantu saudara mengenali seseorang dengan lebih
dekat.
Pendapatan
juga tidak ada batasnya. Anda boleh mendapat pendapatan sebanyak 5 angka.
Bagaimanapun, semua perbelanjaan seperti pengangkutan ditanggung oleh agen
insurans.
Bagi
memasuki kerjaya ini, seseorang itu hendaklah mempunyai kelulusan SPM,
bercita-cita tinggi, bersedia untuk belajar, bersikap mesra dan suka bergaul.
Sungguhpun
waktu berkerja adalah fleksibel tetapi adalah mustahak kita menguruskan masa
dengan baik. Kerjaya ini tidaklah sukar atau tertekan, tetapi adalah penting
bagi kita mengendalikan temujanji dengan baik.
Agen
insurans mula berkerja pada pukul 8.30 pagi. Bermula dari waktu itu sehingga 9
pagi, kami akan bermesyuarat dengan pengurus kumpulan bagi membincangkan lapuran
jualan dan menyelesaikan beberapa kajian kes. Kami perlu menyerahkan laporan
aktiviti harian. Di sini, disiplin diri sangat penting.
Kami
dipecahkan ke dalam beberapa kumpulan yang mengandungi lima atau enam ahli, dan
kemudian membincangkan dengan ketua masalah kami bagi mendapatkan penyelesaian.
Selepas
jam 9 pagi, kami meninggalkan pejabat untuk berjumpa pelanggan. Pada pukul 10
pagi, kami kembali ke pejabat dan melaporkan kepada ketua kumpulan masing-masing.
Pada masa ini ada 18 ketua kumpulan dan terdapat seratus orang agens insurans
secara sambilan dan sepenuh masa.
Kami
juga menjadi ahli dalam berbagai-bagai persatuan insurans, seperti Persatuan
Kebangsaan Bagi Agen Insurans Hayat Malaysia (National Association of Malaysian
Life Insurance Agents) (MAMLIA) dan Aetna
Universal Insurance Agency Force Association Malaysia (AUIFAM).
Sebelum
menjadi insurans agen, seseorang mestilah menduduki peperiksaan Undang-Undang
Malaysia dan Insurans. Selepas lulus, anda dikenali sebagai agen insurans
Malaysia. Anda kemudiannya boleh memilih mana-mana syarikat insurans untuk
berkhidmat.
Syarikat
kami menyediakan latihan yang mencukupi. Agen insurans yang baru akan diajar
pengetahuan produk, jenis-jenis insurans, bagaimana hendak berhadapan dengan
bakal pelanggan, kemahiran menjual dan menyelesaikan kajian kes.
Saat
menyedihkan ialah apabila bakal pelanggan menolak jualan kami. Tetapi kami
beranggapan ia adalah berpunca daripada kekurangan perancangan. Kita hendaklah
memilih polisi insurans yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Kami selalunya
mendapat pelanggan daripada kalangan kawan-kawan dan senarai nama daripada
majlis perjumpaan sosial.
Kami
berdua gembira dengan kerjaya yang dipilih ini. Kita harus memilih pekerjaan dan
syarikat yang baik. Matlamat kami adalah menjadi pemimpin kumpulan insurans yang
berjaya.
Dalam
masa lima tahun, kami berharap untuk menjadi pengurus agensi. Dalam kerjaya ini,
anda dapat membantu seseorang dalam mendapatkan perlindungan daripada kejadian
diluar jangka. Anda juga berpeluang memperbaiki kemahiran tertentu, umpamanya
cara membuat temu janji melalui talipon dan menjadi seorang yang berdikari.
Untuk
mencapai kejayaan, seseorang itu hendaklah mempunyai kemahuan. Bila kita
berhadapan dengan masalah, janganlah cuba mengelakkannya. Fikirkan cara
bagaimana menyelesaikannya. Rancangkan untuk jangkapanjang, dan jangan terlalu
menumpu kepada masalah semasa.
Banyak
daripada agen insurans yang berjaya adalah wanita. Tiada siapa yang tahu sebab
yang sebenarnya. Mungkin kerana wanita lebih bersifat penyabar. Sebab lain,
mungkin kebanyakan wanita sekarang lebih bersemangat kerana sumber pendapatan
tidak mencukupi bagi menyara keluarga. Kerjaya ini adalah fleksibel dan boleh
memberi pendapatan tambahan di samping meluangkan masa terhadap keluarga.
Merujuk
kepada kes di mana seorang agen insurans wanita yang mati dibunuh pada tahun
lepas, masalah tersebut boleh diatasi jika kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Jangan berjumpa pelanggan di rumahnya jika anda tidak mengenalinya. Sebaliknya,
perjumpaan boleh dibuat di tempat awam seperti di restoren makanan segera. Minta
kawan menemani anda dan anda haru memakai pakaian yang bersesuaian. Jika boleh
temu janji sebaik-baiknya di siang hari.
Sumber:
Adaptasi dan terjemahan daripada “A Success Story in Insurance” by Sin Siew Fun, New Straits of Malaysia, February 11, 2000.